top of page

"Pembelajaran Atas Talian" : Cadangan Penambaikan Kualiti Pendidikan di Turki

Dalam post sebelum ini, cadangan mengenai aktiviti permainan berasaskan pembelajaran telah diterangkan dengan mendalam.

Pembelajaran atas talian juga merupakan salah satu cara lagi yang boleh dilakukan bagi mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran & pembelajaran (P&P) di sekolah.


Setiap sekolah perlu mempunyai satu platform pembelajaran atas talian, sama ada yang direka khas oleh sekolah berkenaan atau menggunakan platform sedia ada yang percuma seperti E-learning, Edmodo & Google Class Room.

gloster edu

Platform berkenaan membolehkan guru & murid berinteraksi dengan lebih aktif malah membolehkan interaksi dilakukan di luar waktu persekolahan seperti pada waktu malam dan pada hari cuti. Guru boleh memuat naik semua nota-nota bagi setiap mata pelajaran, atau video interaktif pembelajaran yang membolehkan para pelajar menonton di rumah bagi mengukuhkan kefahaman sedia ada. Terdapat juga ruang untuk sebarang pertanyaan bagi setiap sub topik, dan guru boleh menjawabnya pada waktu berkenaan.

Contoh user-interface Google Classroom


Guru juga boleh menyediakan lebih baik latihan kefahaman di dalam platform berkenaan kerana masa yang diperuntukkan bagi setiap subjek di sekolah adalah terhad. Guru juga boleh menyediakan kuiz atas talian, yang dijawab oleh pelajar dan kemudian guru boleh menyemak dan memberikan markah malah murid-murid boleh melihat pembetulan bagi setiap jawapan yang salah.



Platform pembelajaran atas talian ini memudahkan pelajar dan guru. Mereka juga boleh mengakses melalui telefon pintar masing-masing. Ini membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, lebih berkesan malah sesi pembelajaran boleh berlangsung sepanjang waktu, di mana sahaja.



VIDEO BAGI PEMAHAMAN LANJUT





Semoga video yang disediakan di atas dapat memberikan anda informasi tambahan.

bottom of page