top of page

"Penggunaan TMK Dalam Pembelajaran Harian" : Cadangan Penambahbaikan Kualiti Pendidikan di

Tidak dapat dinafikan bahawa guru-guru di Turki mengetahui mengenai manfaat penggunaan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran & pembelajaran (P&P) setiap hari di dalam kelas.



Namun, mengikut kajian yang dilakukan melalui pemerhatian & temubual guru-guru di sekolah, kebanyakan daripada mereka tidak menganggap bahawa menjadi tanggungjawab mereka mengintegrasikan penggunaan TMK dalam kelas setiap hari.



Pada mereka, hanya guru TMK yang perlu menggalas tanggungjawab berkenaan.


Oleh itu, cadangan menjadikan penggunaan TMK sebagai elemen wajib dalam P&P setiap hari, adalah amat munasabah kerana melalui perubahan ini, kualiti pendidikan di Turki akan menjadi lebih baik kerana TMK memberikan impak positif yang banyak kepada pelajar melalui pelbagai aspek.


INTERAKSI DUA HALA


Penggunaan TMK dalam kelas akan menghapuskan konsep pembelajaran pasif atau berorientasikan guru. Guru tidak lagi menjadi satu-satunya sumber pengetahuan di mana para pelajar perlu diam, fokus, mendengar dan menulis atau mencatat nota yang sedang diterangkan oleh guru.



Melalui penggunaan TMK di dalam kelas, contohnya penggunaan projektor yang memaparkan video interaktif, para pelajar akan menjadi lebih berminat untuk belajar, contohnya dengan menumpukan perhatian terhadap kandungan dan penerangan video mengenai letupan gunung berapi. Melalui cara ini, kefahaman pelajar juga akan meningkat kerana mereka dapat melihat sendiri gambaran atau proses berlakunya letupan gunung berapi berkenaan berbanding hanya mendapat penerangan dari guru berpandukan buku teks.


Selain itu, melalui penggunaan TMK yang lebih baik seperti penggunaan komputer oleh setiap murid di dalam kelas, akan lebih memberikan impak yang positif terhadap para pelajar. Para pelajar boleh diajar untuk mendapatkan informasi mengenai mana-mana mata pelajaran melalui internet dengan cara yang betul, melalui aplikasi percuma tertentu.


Sebagai contoh :


NEWSELA


Newsela merupakan satu platform yang boleh digunakan oleh para pelajar untuk membaca artikel yang telah diubahsuai berdasarkan 5 tahap kemahiran berbahasa pelajar. Sebagai contoh, artikel asal mengenai proses litupan awan yang menggunakan pelbagai terminologi bidang geografi, telah diubah oleh kakitangan Newsela menjadi satu artikel yang lebih mudah difahami oleh pelbagai peringkat umur.


Dengan akses akaun percuma, guru boleh menubuhkan kelas di dalamnya dan boleh memberikan tugasan kepada pelajar, artikel bagaimana yang perlu dicari. Setiap pelajar, semasa membaca artikel boleh menggunakan ciri-ciri yang telah tersedia untuk mengambil nota daripada artikel berkenaan dan boleh menjawab kuiz yang telah disediakan untuk menguji kefahaman pelajar mengenai artikel berkenaan dan mendapat maklum balas mengenai jawapan mereka.

bottom of page