top of page

"Permainan Berasaskan Pembelajaran" : Cadangan Penambaikan Kualiti Pendidikan di Turki

MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI SEKOLAH


Permainan Berasaskan Pembelajaran merupakan salah satu cara pembelajaran yang berkesan untuk para pelajar.


Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa guru-guru sememangnya mengetahui bahawa ia memberikan manfaat, tidak ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti P&P yang berasaskan permainan.


Guru-guru di Turki, perlu menjadikan aktiviti Permainan Berasaskan Pembelajaran ini sebagai satu aktiviti wajib yang perlu dilakukan di dalam setiap topik pembelajaran. Guru-guru boleh memilih sama ada ingin menjadikan ia sebagai satu aktiviti permulaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang boleh memberikan gambaran awal tentang topik yang akan dipelajari, di tengah-tengah P&P, atau di akhir P&P yang berfungsi sebagai pengukuhan tentang topik yang telah dipelajari.


Berikut merupakan contoh permainan yang berasaskan teknologi, yang sesuai diaplikasikan di Turki :

ATOMS EXPRESS TOYS


Video Penerangan Tentang Atoms Express Toys

Ia merupakan sejenis binaan blok pintar (seperti set Lego) yang memberikan peluang kanak-kanak pada semua peringkat umur untuk membina pelbagai benda yang menarik. Malah ia direka khas untuk membolehkan ia berintegrasi dengan alat permainan yang lain.


Alat permainan Atoms Express ini dilengkapi dengan alat pengesan, motor dan binaan yang membolehkan ia membina pelbagai benda. Malah dengan penggunaan “Bluetooth Smart Brick” murid boleh berinteraksi secara langsung dengan ciptaan mereka.


Guru-guru di sekolah boleh menggunakan Atoms untuk menggalakkan murid belajar bagaimana sesuatu benda itu boleh berfungsi, malah dapat mengasah imaginasi dan kreativiti kanak-kanak sehingga mampu menjadikan mereka pencipta yang boleh melakukan inovasi.


Ia boleh digunakan dalam kelas untuk belajar mengenai teknologi, kejuruteraan, sains dan dalam pembangunan kemahiran menyelesaikan masalah.


Ia boleh bertahan lama, boleh digunakan dengan pelbagai bahan lain dan yang paling penting, ia boleh dibeli dengan harga mampu milik.




Untuk info pemahaman lanjut, boleh

 

PERMAINAN DIGITAL


Permainan digital ini merupakan satu permainan yang direka khas menggunakan perisian sama ada yang tidak perlu menggunakan internet, hanya muat turun perisian di dalam komputer atau telefon pintar, atau yang memerlukan akses internet terlebih dahulu.


Ia boleh meliputi pelbagai jenis permainan, seperti teka silang kata, permainan bahasa, matematik, yang menguji kekuatan daya ingatan, yang menguji kepantasan atau yang mengasah kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah.


Guru-guru perlu mempunyai pengetahuan tentang permainan apa yang sesuai diaplikasikan di dalam P&P mengikut kesesuaian topik. Kemudian, guru-guru boleh mewajibkan murid-murid untuk bermain permainan berkenaan untuk mengasah kemahiran tertentu pelajar.


Cara ini boleh dilaksanakan tanpa masalah kerana sekiranya sekolah tidak mempunyai akses yang mencukupi terhadap kemudahan komputer, para pelajar boleh bermain di rumah menggunakan telefon pintar yang majoriti di miliki oleh masyarakat di Turki.



bottom of page