top of page

Perkembangan Sistem Pendidikan di Turki

Sistem Persekolahan

Sistem persekolahan di Turki terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu Pendidikan Asas, Pendidikan Menengah dan Pendidikan Tinggi.


Pada peringkat pendidikan asas, iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Rendah, pendidikan diberikan kepada pelajar seawal umur 6 tahun sehinggalah 14 tahun. Pendidikan ini percuma dan wajib bagi seluruh rakyat Turki.


Seterusnya, Sekolah Menengah Tinggi ( Senior High School / Ortaokul dan Lionce Ortaukul) diberikan kepada pelajar pada usia 14 tahun hingga 17 tahun.


Rakyat juga berpeluang mendapatkan pendidikan pada peringkat tinggi di Universiti dan Kolej.

Sistem Pendidikan Pusat


Sistem Pendidikan di Turki Turki merupakan sebuah sistem pendidikan pusat bermula pada tahun 1924. Selain dari sistem pendidikan umum, terdapat juga pra-sekolah yang diselenggarakan oleh pihak swasta. Namun begitu, tingkat pendidikan ini belum umum dan terbatas pada sekitar 5 - 10% dari anak-anak prasekolah di Turki. Kebanyakan keluarga di kota-kota besar dan ibu bapa bekerja memilih untuk tidak menghantar anaknya ke pra-sekolah.

Mata Pelajaran

Antara contoh mata pelajaran yang diajar di Turki termasuklah Bahasa Turki, Sastera Turki, Matematik, Fizik, Kimia, Biologi, Sejarah Turki, Geografi, Elektif Agama, Keamanan Nasional dan Bahasa Asing seperti Inggeris, Jerman, Perancis, Arab, Jepun serta Rusia.

Statistik Terkini

Menurut statistik pendidikan formal institusi pendidikan rendah dan menengah bagi tahun 2015-2016 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Negara (Ministry of Education - MONE) di Turki, terdapat 14.5 juta pelajar di sekolah-sekolah awam, manakala sekitar 1,175,000 di sekolah swasta dan hampir 1,875,000 belajar di institusi pendidikan terbuka.

bottom of page