top of page

Kelemahan Sistem Pendidikan di Turki


Jadual 1 Menunjukkan satu hasil soal selidik di Turki mengenai kelemahan sistem pendidikan di Turki dalam mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.


Berdasarkan Jadual 1, dapat dirumuskan beberapa kelemahan sistem pendidikan di Turki seperti berikut :



Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Hanya Berorientasikan Peperiksaan


Pelajar di Turki dilengkapi dengan pengetahuan teori dan bukannya diberi pendidikan yang berbentuk konsep. Ini memerangkap mereka dalam pembelajaran secara hafalan. Sistem pendidikan berasaskan pembelajaran-hafalan, telah mengakibatkan kebergantungan kepada sistem peperiksaan yang bersifat menindas, yang bukannya menjadi alat maklum balas pendidikan.


Dalam sistem ini, guru-guru cukup sekadar memberitahu pelajar-pelajar tentang soalan yang bakal ditanya dan sistem pemarkahan dalam peperiksaan, bukannya menyampaikan kuliah mereka.



Peperiksaan adalah berbentuk ujian objektif. Oleh itu, tunjuk ajar dan kerja rumah juga dalam bentuk ujian pelbagai pilihan (multiple choice). Ibu bapa membayar untuk buku kecil ujian yang tidak terkira banyaknya dan bank-bank soalan untuk menyediakan anak-anak mereka menghadapi peperiksaan.


Selain itu terdapat perubahan dalam sistem peperiksaan dan pemarkahan sekurang-kurangnya setiap dua tahun. Perubahan dalam cara pemarkahan dan julat markah, perubahan kadar kekerapan peperiksaan kelayakan sekolah menengah, perubahan dalam peperiksaan kelayakan untuk kemasukan ke universiti dan lain-lain perubahan hanya menyumbang kepada tersekatnya kejayaan pelajar. Antara 2003-2013, terdapat 8 peperiksaan dan skor sistem baru.


Pendek kata, bukan untuk melengkapkan murid dengan pengetahuan, tetapi mereka diprogramkan untuk menyelesaikan seberapa banyak soalan yang mungkin, secepat mungkin. Jadi ia adalah perkara biasa apabila keputusan PISA mentakrifkan pelajar Turki sebagai tidak dapat memahami apa yang mereka baca. Sistem ini menimbulkan generasi cetek yang tidak dapat memahami apa yang mereka baca, yang tidak dapat mempersoalkan apa yang mereka dengar, meluahkan perasaan membangunkan ciptaan baru, malah melenyapkan terus perasaan ingin tahu.


Pelaburan Terhadap Pendidikan Yang Tidak Mencukupi.

Turki berada di kedudukan kedua terakhir dalam senarai negara-negara OECD dalam memperuntukkan sumber-sumber daripada pendapatan negara untuk pendidikan. Turki memperuntukkan 76 bilion 345 juta Lira Turki untuk MONE pada 2016, iaitu 3.46% daripada pendapatan negara. Purata OECD ialah 6 peratus bagi pelaburan dalam bidang pendidikan.

Sepanjang tahun lepas (2016), belanjawan telah ditentukan dengan hanya mengambil kira perbelanjaan wajib dan gagal untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat untuk sekolah-sekolah, bilik darjah, guru dan lain-lain masalah infrastruktur penting dalam sistem pendidikan dan pengajian tinggi. 80% daripada bajet yang diperuntukkan kepada MONE digunakan untuk menampung kos kakitangan dan perbelanjaan keselamatan sosial, dan 20% untuk pembelian barangan dan perkhidmatan dan perbelanjaan lain, hanya kira-kira 8% digunakan dalam pendidikan, di mana penurunan besar dilihat dalam jumlah ini setiap tahun.

Masalah ini menyebabkan kurang dana dapat diperuntukkan untuk meningkatkan fasiliti seperti teknologi dan peralatan sains bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah.


Masalah Kekurangan Dana Menyebabkan Jumlah Peranti Dan Perkakasan Teknologi Di Sekolah Tidak Mencukupi.

Sebagai contoh, kekurangan peralatan atau perkakasan di makmal sains. Kegagalan pelajar di Turki dalam peperiksaan PISA berpunca daripada kekurangan pembelajaran berdasarkan pengalaman melakukan eksperimen sains. Manakala, kekurangan makmal, eksperimen, visual dan alat pendengaran menyebabkan kurangnya kejayaan para pelajar.


Mereka hanya menjawab peperiksaan berdasarkan kefahaman teori yang berbentuk hafalan semata-mata. Kebiasaannya hanya akan ada satu atau dua makmal komputer di sekolah, ini bermakna tidak semua pembelajaran dalam dilakukan menggunakan komputer. Selain komputer, sekolah hanya dilengkapi dengan projektor dan televisyen.

Guru-guru Kurang Mengintegrasikan Kemudahan ICT Yang Dimiliki Di Sekolah Dalam Pengajaran & Pembelajaran Di Dalam Kelas.


Guru-guru di Turki tidak mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam penggunaan ICT. Hal ini kerana, dalam kursus perguruan di Turki yang berlangsung selama 4 tahun, setiap guru hanya memiliki dua kursus pembelajaran teknologi iaitu yang pertama, diberikan fokus kepada bagaimana penggunaan komputer dan internet, manakala kursus kedua, berfokus kepada penggunaan video, projektor dan lain-lain teknologi yang asas, dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).


Pembelajaran melalui dua kursus itu tidak cukup menjadikan guru-guru di Turki mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mengaplikasikan teknologi dalam PdP di sekolah.


Di Turki, bagi prasekolah atau tadika, guru-guru hanya menggunakan teknologi bagi tujuan melancarkan kerja pentadbiran seperti pengurusan rekod dan penghantaran e-mel kepada ibu bapa dan tidak digunakan langsung dalam proses PdP.

Jadual 2 menunjukkan kekerapan penggunaan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) dalam kalangan guru-guru di Turki

Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan di Turki, majoriti guru bersependapat mereka hanya menggunakan teknologi dalam pembelajaran, sekali atau dua kali sebulan. Majoriti PdP di Turki masih dalam keadaan pembelajaran yang pasif (berorentasikan guru) Iaitu, pelajar hanya memberikan fokus untuk mendengar dan menulis, manakala guru menjadi agen aktif yang menulis di

manakala guru menjadi agen aktif yang menulis di papan hitam, memberikan ilmu dan mengajar dalam keadaan tradisional.

Populasi Pelajar Yang Ramai Di Dalam Sesebuah Kelas.

Menurut MONE, satu kelas kebiasaannya mempunyai 40-50 orang pelajar. Dan guru biasanya perlu mengajar 20 hingga 40 jam dalam seminggu. Jumlah pelajar yang ramai menyebabkan guru sukar untuk mengawal kelas, malah pelajar sukar untuk menumpukan perhatian dalam keadaan yang bising.

bottom of page