top of page

Latar Belakang Negara Turki


Kedudukan Geografi

Turki adalah sebuah negara yang terletak di Timur Tengah. Ia juga dikenali sebagai negara Eurasia kerana terletak di antara benua Eropah dan Asia.

Secara geografinya, negara ini dikelilingi oleh lautan dari tiga arah iaitu Laut Aegia di barat, Laut Hitam di utara dan Laut Mediterranean di selatan. Turki juga merangkumi Laut Marmara di barat laut. Eropah Turki juga mengandungi Laut Marmara yang dipergunakan oleh ahli-ahli geografi untuk menandakan sempadan di antara Eropah dan Asia. Oleh itu, perkara ini menjadi faktor Turki menjadi negara rentas benua.



Dasar Pemerintahan


Dalam dasar pemerintahan Turki merupakan sebuah republik berperlembagaan yang demokratik dan sekular. Pada tahun 1923, pemerintah secara sekular telah berlaku apabila Turki dibawah pimpinan Mustafa Kemal Artartuk selepas kejatuhan Empayar Otoman akibat perang Dunia 1. Seterusnya, ibu negara Turki ialah Ankara dan bandaraya terbesar Istanbul yang menjadi pusat kewangan , ekonomi dan kebudayaan.



Populasi Penduduk

Mengikut statistik terkini pada tahun 2016, purata penduduk Turki adalah 79.51 juta. Kira-kira 75.5% penduduk Turki tinggal di Kawasan Bandaraya utama. Keseluruhannya, terdapat 19 wilayah masing-masing diduduki antara 500 ribu hingga sejuta penduduk. Hanya terdapat dua wilayah sahaja yang penduduknya kurang daripada 100, 000.

Negara D-8

Turki merupakan salah satu ahli daripada kumpulan D-8 atau Lapan Negara yang Membangun. D-8 bermaksud sebuah kumpulan negara membangun yang membentuk satu pakatan pembangunan ekonomi masing-masing. Kumpulan D-8 ini dianggotai oleh negara Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki.

bottom of page